wedding

i’m coming home

hello ladies~ ya, abang masih ada lagi ni haaa…bukannya merajuk atau uzur. tapi abang agak sibuk sejak kebelakangan ini. ok. abang malas nak cerita banyak sekarang ni. cuma nak tunjuk teaser untuk wedding kawan abang masa kat Maybank dulu. nama die Faizal Hasny @ Apai…nama bini beliau adalah Ismiza…

nanti abang akan letak banyak gambar lagi ye. ok bahbaiii

Categories: wedding | 1 Comment

hello hello hellowwww

hai gadis-gadis semua. ya, aku masih hidup sebenarnya. cuma sedikit sibuk dengan urusan negara. menjelang tahun baru ini, eloklah kalau aku mula update semula entri-entri yang terlepas.

ini satu gambar dari wedding Farah dan Riz. Gambar-gambar lain akan menyusul kemudian


ini pula gambar dari majlis perkahwinan di Nilai Convention Centre. memang sengaja aku tak letak nama pasangan ni. bukan sebab lupa, tapi tak ingat.

dan ini, sedikit petikan dari album pre wedding sepupu aku.

ok. aku nak siap-siap ke mesjid dulu. dengar-dengarnya malam ni ada kuliah isya’…kehkehkeh

Categories: wedding | Leave a comment

Majlis Resepsi Ihsan & Finaz 25.12.2010

hello ladies~ kali ini update untuk Majlis Resepsi Ihsan & Finas yang berlangsung di Dewan SUK Selangor, Shah Alam. majlis ni berlangsung tahun lepas. tak ade kesempatan untuk upload ke dalam blog. apa2 pun, tahniah untuk kalian berdua. enjoice~

Categories: wedding | Leave a comment

Majlis Pernikahan Aizat dan Zaza 18.12.2010 Masjid KLCC

hello ladies~ bersempena dengan perasmian Unifi di rumah aku, makanya aku akan upload sikit gambar yang dah lama tertunggak. kali ini majlis pernikahan Zaza dan Aizat. duet dengan Cikgu Adi di Masjid KLCC. so, enjoiii

pesanan : ok. kalian semua yang nak kawin, dah boleh cuba2 untuk miss call aku.

Categories: wedding | Leave a comment

kak rock & nazri

siapa tak kenal kak rock, die memang kodi. siapa tak kenal kak rock, nampak sangat rumah die takde TV.

ok, ini baru permulaan. nanti aku upload gambar wedding yang best ini. pape pun, kak rock dengan abang nazri memang ROCK!!!

Categories: wedding | Leave a comment

prewedding nana+zam

hello ladies~ lama dah x update. memang aku agak sibuk kebelakangan ini. sampai ade beberapa orang gadis yang ugut nak bunuh diri sebab aku tak dapat penuhi kehendak mereka untuk berdua-duaan di shopping kompleks.

kali ni ade satu gambar dari pre wedding sepupu aku. nanti akan aku upload lagi. kalau nak tengok, tunggu ek.


Categories: demonstrasi, wedding | Leave a comment

Majlis Resepsi Zul & Intan 12.12.2010 Bangi

hello ladies~ fast update. kali ni majlis resepsi untuk Zul dan Intan di Bangi. tahun 2010 punye. baru berkesempatan nak update. kuikuikui. enjoy~

 

Categories: wedding | Leave a comment

Majlis Resepsi Halim & Azrina 4.12.2010 Bora Ombak

hello ladies~ kali ini ada sikit gambar untuk resepsi halim dan azrina a.k.a kak onn. majlis ini diadakan kat Bora Ombak. majlis yang sempoi tapi meriah. makanan pun best.

dah beberapa minggu aku tak dapat nak upload apa2 gambar. sibuk sikit lah. bulan April ni insyaallah ade beberapa kawan-kawan yang memerlukan bantuan aku. harap2 semuanya berjalan lancar.

Categories: wedding | Leave a comment

Majlis Resepsi Afiq & Farah 27.11.2010 Tasik Titiwangsa

hello ladies~ esok raya. raya cina. atau lebih sopan lagi, tahun baru cina. tahun ni tak celebrate macam beberapa tahun lepas. sebab dah clash dengan awek amoi. biarlah…

ok, ni ada sikit gambar. hutang-hutang wedding yang lepas akan aku update sikit demi sikit. kali ni majlis resepsi Afiq dan Farah. cantik. wedding tepi tasik titiwangsa di waktu malam. dahsyat.

kali ini baru aku tau yang kamera aku tidak berapa mampu untuk keperluan-keperluan yang raja dahsyat macam majlis ni. tapi takpe. aku akan cuba fully utilized apa yang ada dulu.

babai. gong xi fa cai

Categories: wedding | Leave a comment

belajar mengurat dengan abang ajid jambu

sabtu 29012011 aku diamanahkan untuk merakam gambar majlis resepsi Hafiz dan Shaela. last minit job. x sempat bagitau cikgu adi pun. Shaela ni kawan lama di maybank. majlis berajalan lancar. tapi sedikit gerimis di penghujung.

sepanjang majlis, Abang Ajid Jambu tak habis2 mengajar cara-cara mengurat gadis. tapi aku tak ambik port langsung sebab aku fokus pada kerja. kehkehkeh

Categories: wedding | Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.