jalan-jalan

mode : aktif

salam sejahtera semua. alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog yang x seberapa ini. sebenarnya terlalu baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak (sila sebut dalam satu nafas) entri-entri perkahwinan yang masih tertunda untuk dimuat naik ke dalam blog ini. namun begitu atas kekangan, aku masih tak dapat nak meluangkan sedikit masa untuk berbuat apa-apa pada blog ini.

lagipun, masih banyak gambar2 wedding lama yang tersimpan di dalam PC dan belum sempat untuk dipindahkan kedalam MacBook. ya, aku dah guna MacBook Pro sekarang. jadi, jangan segan silu untuk tanya aku tentang pakej fotografi. kehkehkeh

ok, kali ini aku hanya nak upload sedikit gambar daripada 2 percutian lepas di Phuket dan Guangzhou. sebenarnya aku hanya nak mencuba layout baru blog ini dan hasil muat naik untuk gambar2 ber ‘resolusi’ rendah. aku nak sesuaikan dengan imej2 yang bakal aku muat naik kelak. sama ada layout ini boleh support atau tidak untuk imej ber ‘resolusi’ bawah 1000px.

let’s give it a try bebehh…haaa…korang jaga2…aku dah start speaking ni.

ini gambar dari phuket. 2 keping je dulu. kenapa sikit sangat? kan aku da kata tadi. yang ni cubaan je!!!…haihhh

ni dari Guangzhou pulak. cubaan jugak. hah??? Guangzhou tu kat mana???…kat China la bang. x belajar geografi ek???

 

Advertisements
Categories: jalan-jalan | Leave a comment

aktiviti bulan ramadhan

hello ladies~…entri kedua di bulan puasa. memang xde orang kawin bulan2 puasa ni. so, weekend aku pun tak diisi dengan sesi pembelajaran. lagipun Cikgu Adi agak busy menyiapkan album kahwin clientnya. x silap aku, cecah ratus2 gak album yang nak kene disiapkan.hehe. Ajid Jambu, aku tak pasti. dengar2 dia ada projek karipap goreng. tapi tak muncul2 pun lagi.

so, kali ini aku masuk kebun. ari ahad lepas bersama pakcik-pakcik aku dan sepupu. meriah kebun nenek aku bila aku datang dengan kamera. pakcik-pakcik aku pun petik kelapa sawit dengan penuh skil dan teknik yang jarang-jarang dipertontonkan.

seronok jugak lepak kebun pagi-pagi ni. sejuk. tapi banyak nyamuk. semua nyamuk2 attack bahagian kaki. so, tangan belah kanan pegang kamera dan belah kiri garu2 betis dan menyebabkan kualiti gambar aku kurang memuaskan. kalau gambar-gambar ni tak cantik, semuanya adalah salah nyamuk. betul~

puasa ada lagi seminggu. kalau ada rezeki, kalau Cikgu Adi ajak join lagi, lepas raya ni macam banyak je wedding yang menunggu. Alhamdulillah. banyak peluang aku nak belajar lagi. ada setahun lebih sebelum aku mula ambik tempahan bermula 2012. kehkehkeh.

tak banyak gambar yang aku ambil semasa di kebun sebab lepas tu aku tolong pakcik-pakcik aku ni angkat buah kelapa sawit tu. tak caya? nanti aku tunjukkan bukti.

pesanan: Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. kepada gadis-gadis yang takde pasangan untuk keluar beraya, boleh la cuba-cuba hubungi aku. aku akan pertimbangkan.

Categories: jalan-jalan | Leave a comment

bubur lambuk ajid

hari ini aku cuti. cuti rehat. aku keluar membuat kerja rumah bersama rakan sekelas Ajid Jambu. kali ni aku ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk merakamkan sedikit gambar orang-orang membuat bubur lambuk.

tengok bubur yang baru masak dalam periuk memang menggugat keimanan. lagi2 lepas diorang tabur bawang goreng. perghh!!!

Ajid Jambu pun dah gelisah. berpeluh-peluh aku tengok. aku cuba sabarkan dia dan tenangkan keadaan.

last-last Ajid sudah tak boleh tahan.  aku hanya mampu merakamkan detik-detik kemuncak Ajid menahan geram sebab tak dapat makan bubur lambuk panas2.

Categories: jalan-jalan | Leave a comment

Blog at WordPress.com.